Sunday, December 14, 2008

.:Tuntutan Menutup Aurat:.





Bila ditimbulkan soal aurat,
maka persoalan ini sering ditujukan kepada wanita.
Namun begitu, bagi lelaki juga,
perbahasan mengenai hal yang berkaitan dengan aurat perlu
diambil berat kerana bagi kedua-duanya tiada beza
kewajipan untuk menjaga auratnya.

Tapi pada kali ini,
perbincangan ini khusus bagi aurat wanita.
Namun,
Janganlah kita lupa bahawa ianya perlu diketahui
bukan sahaja bagi diri seorang wanita,
bahkan lelaki juga perlu mengetahuinya
kerana ia mempunyai hubung kait,
lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim.

Hari ini apa yang kita dapat lihat,
sesetengah wanita seolah2 beranggapan menutup aurat
itu cukup sekadar memakai tudung serta
memakai pakaian yang menutup tubuh badan,
namun yang selebihnya tidak diambil tahu.

Lihat saja di sekeliling kita,
ada wanita yang memakai tudung,
namun tudungya ibarat tudung yang tersilap beli,
atau tersilap tempah dari segi saiz dan ukurannya.
Dada yang menonjol diperlihatkan kepada pandangan umum.
Begitu juga dari segi pakaiannya,
sama ada bajunya mahupun kain atau seluar yang dipakai..

Sedangkan Allah telah berfirman
dalam Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”



Lafaz zahir yang dimaksudkan adalah bermaksud
adalah muka dan tapak tangan sesuai
dengan keterangan hadith
daripada Aisya R.A yang bermaksud :

“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah S.A.W dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan muka daripadanya, kemudian bersabda : “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya “. (Riwayat Abu Daud)

Dengan ini, jelaslah bahawa menutupi anggota badan
bagi wanita kecuali muka dantapak tangannya adalah wajib.
Seterusnya, mengenali apakah yang dimaksudkan dengan aurat
itu juga kita harus dalaminya secara sebenar-benarnya,
bukan sekadar mengetahui bahawa aurat itu bermaksud
“pakai tudung, pakai baju, pakai seluar ” itu sahaja.

Definisi aurat di sisi syara’ :

1-Semua anggota yang wajib
ditutup dan haram dipandang.
(definisi ini adalah yang paling tepat)

2-Sesuatu atau sebahagian anggota tubuh badan
manusia yang malu apabila dilihat orang.

3-Sesuatu yang berharga,
tetapi tidak cukup kekuatan kita untuk membelanya
dan mempertahankannya apabila diserang musuh.
Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam
Surah al-Ahzab, ayat 13.


Jika kita lihat pada definisi yang pertama,
ia bukan saja menjelaskan bahawa aurat itu wajib ditutup,
bahkan ia menyebutkan bahagian yang wajib
ditutup itu jugalah haram dipandang.
Jadi inilah kaitan yang perlu diambil perhatian
bukan sahaja bagi diri wanita,
akan tetapi juaga bagi diri lelaki
khususnya yang beragama Islam.

Seterusnya batas-batas aurat
seseorang wanita sesama wanita yang lain
dan begitu juga wanita dengan lelaki,
baik mahramnya, atau bukan mahram, muslim atau kafir.

1-Aurat wanita dengan wanita

Aurat muslimah dengan muslimah
Ialah bahagian antara pusat dan lutut.
Iaitu harus bagi muslimah menampakkan
tubuh badannya selain bahagian
antara pusat dan lutut kepada muslimah yang lain.
Tetapi jika bimbangkan Fitnah atau pandangan bershahwat,
maka seluruh tubuhnya adalah aurat
kecuali muka dan tapak tangan.

2-Aurat muslimah dengan wanita bukan Islam

Ialah semua bahagian atau anggota tubuh badan
kecuali yang kelihatan apabila melaksanakan tugas
dan urusan rumah tangga.
Iaitu harus bagi wanita Muslimah menampakkan muka,
kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan kaki hingga
ke lutut kepada wanita bukan Islam.
Adapun aurat muslimah dengan wanita
bukan Islam yang hamba atau mahram
Kepada muslimah itu adalah bahagian antara pusat dan lutut.
Akan tetapi,
jika bimbangkan fitnah atau pandangan mereka bershahwat
Maka seluruh tubuhnya adalah aurat
kecuali muka dan tapak tangannya.

3-Aurat wanita dengan lelaki

Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram
Ialah seluruh tubuh muslimah itu sama ada dia
telah baligh ataupun belum baligh adalah aurat
kecuali muka dan tapak tangan.
Iaitu harus bagi muslimah menampakkan muka dan tapak
tangannya kepada lelaki yang bukan mahram.
Sebaliknya jika bimbangkan fitnah,
maka muka dan tapak tangannya juga dikira sebagai aurat.
Jika lelaki bukan mahram yang
memandang muslimah bershahwat iaitu
ada niat berseronok-seronok dengan semata-mata
pandangan itu (pandangan bershahwat) walaupun aman
daripada fitnah,
maka seluruh tubuhnya adalah aurat.

4-Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram

Seterusnya aurat muslimah dengan lelaki yang mahram
baginya adalah antara pusat dan lutut.
Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh
badannya selain bahagian antara pusat dan lututnya
kepada lelaki yang bukan mahram dengan syarat aman
dari fitnah atau pandangan mereka tanpa shahwat.
Sebaliknya jika ia boleh membawa fitnah
dan pandangan bershahwat,
maka seluruh tubuhnya adalah aurat
kecuali muka dan tapak tangannya.


Syarat-syarat menutup aurat Islam
telah menggariskan tiga syarat asas
menutup aurat yang perlu dipenuhi :

1-Menutup kawasan aurat.

2-Tidak menampakkan warna kulit.

3-Tidak menampakkan bentuk tubuh.


Manakala terdapat dua syarat tambahan :

1-Hendaklah benda yang menutup aurat
wanita itu bukanlah jenis perhiasan,
Contohnya mahkota di atas kepala wanita.

2-Hendaklah pakaian itu tidak menyerupai
pakaian yang biasa dipakai oleh jantina Berlawanan.
Di sini, al-’urf atau adapt setempat memainkan peranan
penting Dalam menentukan pakaian yang khas
untuk lelaki dan wanita.
Lelaki yang menyerupai jantina
berlawanan akan dibenci Allah SWT dan RasulNya.

Sabda Rasul SAW :

“Bukanlah dari golongan kami, (orang beriman),
sesiapa yang menyerupai lelaki daripada
wanita dan bukan juga sesiapa yang
menyerupai wanita daripada lelaki”.


Syarat-syarat yang telah disebutkan tadi,
merupakan syarat-syarat yang wajib diikuti.
Berkenaan dengan aurat juga,
saya tertarik dengan satu persoalan yang dibahaskan di dalam satu kitab
yang bertajuk
“Tabarruj Dosa Berhias,
Bagaimana mengenalinya dan menghindarinya”
karangan dan susunan oleh Hj Mohd Hanif Hj Ismail
di mana ditimbulkan persoalan mengenai
pakaian harian sebagai pakaian solat.

Maka dengan ini,
adakah harus bagi wanita muslimah
sembahyang dengan pakaian hariannya?
Untuk menjawab persoalan ini,
marilah kita perhatikan
sepotong hadith yang bermaksud :

“Sesungguhnya Ummu Salamah RA bertanya
kepada Rasulullah SAW, bolehkah seorang wanita solat
dengan memakai baju kurung dan tudung
tanpa jubah (yang menutup dari kepala hingga kaki?).
Baginda menjawab :
“Boleh jika baju kurung itu labuh,menutup kedua kakinya”

(Riwayat Abu Daud)

Maka..

marilah sme2 kte menutup aurat

kerana ia bkn sje merupakan satu tuntutan

dan kewajipan..

malah

sbg pendinding & pelindung dari nafsu

dan kejahatan..

insyaAllah....

Renung2kan....=]






No comments: