Showing posts with label ISLAMIC. Show all posts
Showing posts with label ISLAMIC. Show all posts

Tuesday, January 6, 2009

.:Buat renungan:.

Moge2 klip video ini

mmpu memberi keinsafan & peringatan utk kte sume...

renung2kan..

Sesungguhnya,

"Kehidupan di dunia ini tidak lain

kecuali permainan dan hiburan,

sedangkan kampung akhirat itulah

kehidupan yang sebenar,

andai mereka mengetahui"

[Al- Ankabut: 64]

Maka,

Fikir2kanlah sebelum terlambat...

*Terima kasih & tahniah

kepada saudari yg telah berjaya menghasilkan video ini..

Moge2 dirinye dan kte sume sentiasa dirahmati

&

berada dlm lindungan Allah slame2nye...

InsyaAllah..

ameen2...

sumber:

www.abidsakina.blogspot.com

Thursday, January 1, 2009

.:2009:.



Salam..
Di kesempatan ni,
sy nk ucapkan Selamat Tahun Baru 2009...
Moge2 di tahun baru ni,
kte sume dpt sme2 dpt membaiki kelemahan diri..
menguatkan keazaman..
memperkasakan iman..
dan mempertingkatkan amal ibadah..
moge2 kte xkan tergolong dlm
kalangan hamba2nye yang rugi..
ameen2..
"Aku xpernah rasa sedih kecuali ketika matahari
terbenam kerana aku risau
umurku ini makin tua
tapi amalku masih belum bertambah"
~Imam Al-Ghazali~

Monday, December 29, 2008

.:SALAM MAAL HIJRAH:.



Menghayati Hijrah Rasulullah S.A.W




Hijrah:Satu Perubahan Kehidupan

“Sesungguhnya aku berhijrah kepada Tuhanku”
(Al-Ankabut:26)

Setiap tahun kita menyambut Maal Hijrah
apabila tibanya bulan Muharam.Sambutan Maal Hijrah ini
adalah untuk mengingatkan kita mengenai peristiwa
penting yg berlaku dalam sejarah Islam iaitu
perpindahan Nabi Muhammad S.A.W daripada Mekah
ke Kota Madinah semata2 untuk mempertahankan
Islam dan mencari keredhaan Illahi.
Penghijrahan rasulullah S.A.W diperintahkan oleh
Allah ketika ruang perjuangan rasulullah terlalu
sempit dan terhimpit.Baginda tidak memilih untuk
berdoa meminta kelapangan dan kemudahan yang
sudah tentu Allah kabulkan.
Sebaliknya baginda terpaksa menempuh laluan
sukar,berbahaya dan berisiko tinggi
kerana diburu oleh musuh.
Baginda diperintah berhijrah ke Madinah bagi
menyusun strategi dan mengukuhkan kedudukan
bagi menyebarkan Islam.
Perpindahan ini melibatkan pengorbanan
yang besar dari segi harta benda,jiwa raga dan sebagainya.



Kesan2 penghijrahan nabi Muhammad S.A.W

1.Tertubuhnya Negara Islam yang pertama dan
rasulullah sendiri menjadi ketua Negara.

2.Penggunaan Tahun Hijrah(Tahun Islam)

3.Perpaduan Ummah

Pengajaran daripada peristiwa hijrah

1.ASPEK PENGORBANAN

*Pengorbanan Saidina Ali

-Kesediaan Saidina Ali untuk tidur di kamar rasulullah
sewaktu rumah baginda dikepung oleh kafir Quraisy.


*Pengorbanan Saidina Abu Bakar

-Beliau menunjukkan kesetiaan sbg
seorang kawan dan menjadikan dirinya benteng
untuk menyelamatkan rasulullah
daripada penggempur Quraisy dan
begitu juga ketika beliau
dan baginda bersembunyi di gua Thur.


*Pengorbanan putera dan puteri Abu Bakar As-Siddiq
-Saidatina Asma’ sanggup menjadi pembekal
makanan kepada nabi dan ayahandanya.
Manakala Abdullah bin Abu Bakar sanggup
menjadi pembawa berita dengan menyampaikan
maklumat dan perkembangan yang berlaku
di Mekah kepada nabi dan ayahnya.

*Pengorbanan Abdullah bin Uraiqit
-Beliau sanggup menjadi petunjuk jalan kpd nabi
dan Saidina Abu Bakar semasa hijrah.Beliau
bertindak sedemikian supaya nabi tidak
tersesat dalam perjalanan dan dapat sampai ke
destinasi yang dituju iaitu Madinah.

2.ASPEK PERSAUDARAAN

*Hijrah mengajar kita mengenai ketinggian
dan keunggulan persaudaraan Islam sejagat.
Sebagai contoh kesanggupan kaum Ansar untuk
menerima saudaranya daripada kalangan
kaum Muhajirin yg datang dalam keadaan
susah dan menderita.

3.ASPEK PERUBAHAN SIKAP

*Hijrah menyedarkan kita mengenai
beberapa sifat positif yang mesti dijadikan
amalan kebiasaan hidup kita bagi
mencapai kecemerlangan.Sifat2 positif yg jelas
kelihatan melalui peristiwa hijrah ialah
berani,gigih,sabar,berkorban dan sebagainya.
Sifat2 positif inilah yg bakal melahirkan daya
tahan dan daya juang bagi menangani sebarang
masalah dalam kehidupan kita seharian.



KelebihanSepuluh Muharram ( Hari Asyura )

Muharam adalah bulan pertama mengikut
kiraan tahun Hijrah.Banyak amalan yg dianjurkan
agama Islam utk dilaksanakan
umatnya sepanjang bulan ini.
Hari Asyura iaitu hari sepuluh Muharam
mengandungi pelbagai peristiwa penting
yg boleh dijadikan iktibar dan
renungan kita bersama.Ganjaran besar disediakan
kpd umat Islam yg berpuasa sunat pada hari itu.

Antara peristiwa penting dlm sejarah Islam pada hari itu ialah:

*Allah menerima taubat nabi Adam
sehinga bersih drp dosanya.
*Allah menyelamatkan nabi Ibrahim
drp kekejaman raja Namrud yg
membakarnya hidup2,namun apabila api padam,
nabi Ibrahim keluar dlm keadaan sihat
Sejahtera.
Ini membuktikan kebesaran Allah
yang maha Mencipta segala2nya.
*Allah mengeluarkan nabi Yusuf drp penjara
setelah meringkuk beberapa tahun
berikutan fitnah Zulaikha.
*Allah menyelamatkan nabi Nuh
serta pengikutnya drp banjir besar
yg melanda dunia selama 6 bulan
*Allah memulihkan penglihatan penglihatan
nabi Yaakub sesudah buta beberapa lama akibat
terlalu menangisi kehilangan anaknya nabi Yusuf
*Nabi Yunus keluar drp perut ikan
setelah berada selama 40 hari 40 malam.
Baginda terselamat setelah berzikir
di dalam perut ikan itu.
*Allah mengangkat nabi Isa ke langit
sewaktu dikejar kaum pelampau Yahudi
yg ingin membunuhnya.


Sepuluh Muharam adalah hari memperingati dan
menghayati kebesaran Allah menyelamatkan Nabi Musa
dan menenggelamkan Firaun bersama bala tenteranya
berdasarkan lipatan sejarah Islam,nabi Musa terpaksa
berpuasa pada 10 Muharam sbg tanda bersyukur
di atas kebesaran Allah menyelamatkan
baginda serta pengikutnya daripada ancaman Firaun.

Berpuasa pada hari Asyura sgt besar ganjaran
pahalanya.Abu Muslim meriwayatkan
Sebuah hadis rasulullah S.A.W yg bermaksud:
“Rasulullah S.A.W ketika ditanya berkenaan
puasa pada hari Asyura,
baginda menjawab:
"Amalan itu dapat melupuskan dosa setahun yang lalu”


Jadi,sebagai kesimpulan dan penutupnya,
marilah sme2 kte menyambut Muharam dgn b’doa…..

“Ya Allah,
limpahkanlah rahmat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad S.A.W beserta keluarga
dan semua sahabatnya.

Ya Allah,
Engkau Zat yg kekal abadi,sedia ada.
Dengan anugerah dan kemurahan-Mu
Zat yg maha Agung,
Kami bergantung nasib

Sekarang tahun baru sudah tiba,
Kami mohon perlindungan sepanjang tahun ini drp segala
Godaan syaitan dan jin.
Berikanlah kami pertolongan utk menghindarkan
Diri dari segala nafsu yg mengajak kpd melakukan kejahatan dan maksiat.

Bimbingkanlah kami dgn segala yg dpt mendekatkan aku kpd-mu,
Wahai Tuhan yg Maha Agung dan Maha Mulia.
Selawat ke atas junjungan kami nabi Muhammad S.A.W
Beserta semua keluarga dan sahabat2nya..."
"Pejuang ibarat tiram di laut,dihiris pasir tercalarlah ia..
Sungguhpun terluka tetapi dipendam..
Sungguhpun pedih tetap disimpan..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam,
&
Semoga tahun yg bermula akan
lebih baik dari yg ditinggalkan..."



*Muharram: Elakkan Sebarang Kepercayaan Karut Mengenainya

http://imandihati.multiply.com/journal

.:salam ukhwah fillah:.

Monday, December 22, 2008

.:Malam Pertama:.

MALAM PERTAMA…
Untuk Renungan Dan Tatapan Semua ……
Malam pertama ……….



Malam itu ialah
MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahad?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian
dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan
untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti
engkau melihat teman-teman,
orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu
diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur
Nanti Asyik dan Nikmat
atau Penuh Derita dan Sengsara?”

Wahai anak Adam,
apa yang telah engkau persiapkan saat malam
pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu,
bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.
Malam yang kerananya para ulama’
serta orang-orang yang soleh menangis
dan orang-orang bijak mengeluh.
Apa tidaknya,
kala itu kita sedang berada di dua persimpangan
dan di dunia yang amat berbeza.

“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan
tempat tidurmu (di dunia),
dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu
pada malam pertama,
demi Allah,
fikirkanlah untung nasibmu dan
apa yang akan terjadi padamu di sana ?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh
keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai,
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang
pelbagai warna dan sinaran,
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan
yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai,
tetapi pada keesokannya kita berada
di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita,
lilin-lilin yang menerangi dunia adalah
amalan-amalan yang kita lakukan,
dunia sempit yang dikelilingi tanah
dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam
pertama kita di alam kubur,
segala-galanya amat menyedihkan,
tempik raung memenuhi ruang yang sempit
tapi apakan daya semuanya telah berakhir.
Itukah yang kita mahukan?
Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa
betapa kita semua akan menempuhi
MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri
menghadapi malam pertama tersebut,
adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim
menggali liang kubur di rumahnya.
Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati,
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,
seraya membaca ayat:

Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia),
agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap
apa yang telah kutinggalkan (dahulu).”
(Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri;
“Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..”
Dan disebabkan hal tersebut,
Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari
sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah
dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis atas kematian dan
sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis atas kuburan
dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis kerana takut
akan hausnya di hari penyesalan?
Wahai saudaraku,
tidakkah engkau menangis kerana takut
kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan
kenikmatan para penikmatnya.
Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup
yang tidak ada kematian di dalamnya.
“Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Sunday, December 21, 2008

.:Kemuliaan Al-Quran:.

Sesungguhnya Al-Quran adalah
penawar kepada jiwa-jiwa manusia


Al-Quran merupakan Kalam Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
melalui perantaraan Malaikat Jibril A.S.
Ia merupakan mukjizat agung yang dianugerahkan oleh Allah
kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
untuk disampaikan kepada manusia.
Isi kandungan al-Quran mengandungi 114 surah
yang meliputi 6,616 ayat, 77,934 perkataan dan 323,671 huruf.
Menurut ahli tafsir,
ayat-ayat al-Quran diklasifikasikan berdasarkan
tempat penurunannya iaitu
ayat Makkiyah dan ayat Madaniyyah.
Al-Quran bukan hanya menjelaskan tentang prinsip
keagamaan semata-mata bahkan di dalamnya mengandungi
pelbagai pedoman dan gedung perbendaharaan ilmu
untuk dijadikan panduan kepada manusia dalam
membina ketamadunan insan.
Apa yang menariknya,
al-Quran menceritakan perkara-perkara yang akan berlaku
pada masa hadapan dan perkara-perkara ghaib (sam`iyyat)
yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera manusia biasa.
Oleh kerana al-Quran bersumber Illahi maka
isi kandungannya adalah suci dari sebarang
kesalahan dan kesilapan yang bercanggah
dengan fitrah manusia dan alam.




Nur kebenaran yang terpancar dari isi kandungan al-Quran
mengandungi asas-asas keluhuran pembentukan
peradaban sebagai panduan asas untuk
diikuti oleh seluruh umat manusia.
Al-Quran menyeru semua masyarakat supaya
kembali kepada pemikiran rasional dan realistik
dan menyangkal pemikiran yang diikat dengan
fahaman animisme, paganisme dan “syncretism”.
Sebagai kitab yang paling sempurna diciptakan oleh Allah,
maka al-Quran merupakan obor kebenaran yang
menerangi liku-liku kehidupan yang
perlu dilalui oleh setiap manusia.
Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran,
untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci yang
telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara
serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara
mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng)
dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.
Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu,
Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama
(yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah
mengkehendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat
(yang bersatu dalam agama yang satu),
tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan)
apa yang telah disampaikan kepada kamu.
Oleh itu berlumba-lumbalah
kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal salih).
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya,
maka Ia akan memberitahu kamu apa
yang kamu berselisihan padanya”.
(Al-Maidah:48)



Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang

Ya Allah
Tunjukkan dan bimbingkanlah kami
kepada kebenaran Dan kepada jalan
yang lurus dgn berkat Al-Quran.

Ya Allah,
kasihanilah kami dgn berkat Al-Quran
dan jadikanlah sebagai pemimpin cahaya,
petunjuk dan rahmat untuk kami

Ya Allah,
Ingatkanlah kami apa yg telah kami
lupa dari Al-Quran
Dan ajarkanlah kami apa yg kami
xtahu ttg isi Al-Quran
dan kurniakanlah kami keupayaan
untuk membacanya
pada waktu2 malam mahupun siang
dan jadikanlah Al-Quran itu
sbg hujah untuk kami kelak

Ya Allah,
hiaskanlah diri kami dgn
keindahan Al-Quran,
Muliakanlah kami dgn
kemulian Al-Quran,
Dan pakaikanlah kami dgn pakaian
permata Al-Quran

Ya Allah
Masukkan kami ke dalam syurga
dgn syafaat Al-Quran,
Selamatkan kami dari segala bencana dunia
dan azab akhirat
Dgn berkat kehormatan Al-Quran

Ya Allah,
Jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami
di dunia sbg rakan
Dan di dalam kubur
sbg kawan yg mesra
Pada hari kiamat sbg pembantu
Sbg cahaya penyuluh,
Semasa menuju ke syurga sbg teman
Dan sbg penghadang & pendinding dari api neraka
Dan jadikanlah
Al-Quran untuk kami
Sbg panduan dan ikutan kpd sgala kebaikan

Ya Allah,
Tunjukkanlah kami
dgn petunjuk Al-Quran,
Selamatkanlah kami drp api neraka
dgn sbb kemuliaan Al-Quran,
Tinggikanlah darjah martabat kami
dgn sebab kelebihan Al-Quran
Dan hapuskanlah dosa kejahatan kami
dgn sebab membaca Al-Quran

Ya Allah,
Perkenankanlah doa kami.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan
yg Maha Mendengar
Lagi Maha Mengetahui
Ameen..Ya Ra'bbal A'lamin...




Saturday, December 20, 2008

.:rEnUnGAn:.

Renung dan fikirlah wahai sahabatku....
Sejauh mana kita mencintai Allah..
Tuhan yang Maha Agung??


Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang
melihat mentari terbit.
Aaah...kecantikan alam ciptaan Allah memang
tiada tolok bandingnya.
Sedang aku memerhati,
aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu.
Aku duduk dan terasa kehadiranNya disisiku.
Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?"
Aku menjawab , '"sudah tentu!
Engkaulah penciptaku,masakan aku tidak mencintaiMu."
Kemudian Dia bertanya lagi,
"Jika kamu ditakdirkan cacat anggota,
adkah kamu masih mencintaiKu?"Aku tergamam seketika.
Aku lihat tangan, kaki, dan seluruh anggotaku;
aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan
tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak ku sedari
kepentingannya.
Kemudian aku jawab,
"tentunya ia amat sukar bagiku ,
tetapi aku tetap akan mencintaiMu.”




Kemudian Dia bertanya lagi,
"jika kamu ditakdirkan buta,
adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?”
Bagaimana mungkin bagiku mencintai
sesuatu yang tak mampu aku lihat?
Kemudian aku terfikir....
ramai yang ditakdirkan buta di dunia ini,
dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya.
Lantas aku menjawab,
"Amat sukar bagiku membayangkan keadanku
yang sedemikian rupa, namun aku akan tetap menyintaiMu ya Allah.”
Dia bertanya lagi,
"jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan
tetap mendengar kepada kata-kataKu?”
Bagaimana mungkin aku mendengar jika aku pekak?
Kemudian aku tersedar,
mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
tetapi menggunakan hati.
Aku jawab
walaupun takdir itu amat berat bagiku,
namun aku akan tetap menyintaiMu”
Dia menyambung lagi persoalanNya,
jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?”
Aku bertanya lagi,
bagaimana aku boleh memuji tanpa suara?
Aku terfikir...
Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita;
tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab,
sungguhpun aku tak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu,
aku tetap akan memujiMu.”
Dan Dia terus bertanya lagi, ”
adakah kamu benar-benar menyintaiKu?”
Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian,
aku jawab dengan yakin,
”ya , benar Tuhanku, aku menyintaiMu kerana Engkaulah
satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!”
Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk
menjawab soalanNya tadi,
tetapi Dia terus bertanya kpd ku, ”
kalau begitu mengapa kamu masih melakukan dosa?”
Aku jawab, kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai;
aku tidak sempurna...
dan aku bukan maksum.
kalau begitu mengapa ketika kamu senang dan gembira...
kamu lupakanKu; kamu lari jauh dari Ku?
Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan...
kamu terus ingat padaKu;
kamu datang dekat dan merayu kepadaKu.?”
Aku tidak mampu berkata apa-apa.
Yang kusedari...
titisan panas turun membasahi pipiku.
Dia sambung lagi,”mengapa kamu buat begini...
kadang kala sujud menyembahKu; dan kemudian membelakangiKu;
tidak pedulikanKu?
Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika
kamu mengingatiKu?
Mengapa kamu meminta dengan penuh
tamak dan mementingkan diri sendiri?
Mengapa kamu meminta kpdKu sedang kamu tidak setia padaKu?”Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.
Mengapa kamu malu kpd Ku?
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberi mu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan padaku.
Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan2 tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu.
Otakku ligat mencari jawapan...atau alasan...namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.Dia berkata-kata lagi...”kamu diberikan sebuah kehidupan .
Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding
orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu.
Aku tunjukkan kamu kata-kataKu sebagai panduan
kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu
belajar dan menghayatinya.
Acap kali Aku berkata-kata kepadamu
tetapi kamu tutup telingamu.
Acap kali Aku berikan pelbagai
rahmat dan nikmat kpdmu,
tetapi kamu berpaling dari melihatnya.





Aku turunkan kpd mu PesuruhKu,
tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
mAku dengar segala permintaanmu dan rayuanmu kpdKu...dan semuanya itu telah Aku perkenankan dgn pelbagai cara .”kini... adakah kamu menyintaiKu?”Aku tidak mampu menjawab lagi. Bagaimana harus ku jawab persolan ini?Dalam tak sedar , aku malu dgn apa yang telah aku lakukan selama ini.aku tidak lagi punya alasan untuk menyelamatkan diriku. Apa yang boleh ku jawab bagi persolan itu?Ketika hatiku berteriak menangis , dan bercucuran air mata di kedua belah pipiku, aku merintih, ”Oh Tuhanku, ...ampunkan lah segala dosaku,aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah...””SifatKu pengampun...barangsiapa memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan .... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”Aku bertanya kpdNya, ”mengapa Engkau masih tetap mengampuni dosaKu sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?”Dia menjawab, ”kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, aku akan bersimpati padamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabbila kamu melonjak gembira, Aku turut gembira dgn kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberimu semangat.Apabila kamu jatuh , Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersamamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangi mu selama-lamanya.”Seingat aku...aku tidak pernah menangis begini, aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini.



Friday, December 19, 2008

.:Subhanallah:.


Salam...

Subhanallah,Maha Suci Allah menciptakan

sume makhluk di muka bumi ni...

Marilah kte sme2 beristighfar kpdnye thdp

keagungan & kebesaranNya..

Moge2 kte tergolong dlm kalangan

hamba2Nya yang beruntung..

insyaAllah...








Wednesday, December 17, 2008

.:Kenali Hadith:.


Jenis-Jenis Hadith

Sunnah Perkataan
Perkataan yang diucapkan oleh rasulullah s.a.w.

Sunnah Perbuatan
Perlakuan rasulullah s.a.w.
Contohnya;
Hadith baginda: bersembahyanglah kamu seperti mana
kamu melihat aku sembahyang
(Bukhari & Muslim)

Sunnah Tarqir
Rasulullah berdiam diri dan redha atas satu perkara.
Contohnya;
Rasulullah s.a.w. berdiam diri dalam kisah para sahabat
yang bertentangan pendapat mengenai solat asar.
Dalam satu perjalanan, para sahabat telah disuruh
oleh rasulullah untuk jangan bersembahyang
sebelum tiba di Bani Quzairah.
Dalam perjalanan, waktu asar hampir tamat
tetapi mereka belum sampai.
Ada sahabat yang mentakhir solat asar di waktu maghrib
tetapi ada yang memahami bahawa rasulullah
sebenarnya menyuruh mereka bersegera.
Oleh itu mereka bersolat asar
walaupun belum tiba.
Kedua-duanya diterima.

1. Hadith Mutawatir

Hadith yang diberitakan oleh ramai sahabat.
Bilangannya begitu ramai sehingga mustahil ia adalah dusta.

2. Hadith Masyhur

Hadith yang diriwayatkan oleh
sekurang-kurangnya tiga orang.
Hadith ini sekurang-kurangnya diberitakan
oleh tiga sanad yang berlainan.
Contoh,
satu hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang;
Muslim, Bukhari dan Tarmidzi.
Manakala sanad setiap imam berbeza orang-orangnya.
(Sanad: orang-orang di dalam perjalanan hadith)

3. Hadith Sahih

Hadith yang mana sanadnya:
I) Bersikap adil. Islam, berakal waras, baligh
dan tidak melakukan dosa besar.
II) Orang cukup kuat ingatannya
III) Orang yang sejahtera dan tidak mempunyai
kecacatan yang boleh menjejaskan penyampaian hadith.
4. Hadith Hassan

Hampir serupa dengan hadith sahih
tetapi ada diantara sanadnya mempunyai
kelemahan dalam daya ingatan.

5. Hadith Hassan sahih

Mempunyai perjalanan hassan dan sahih.

6. Hadith Daif (lemah)

Tidak mengikut syarat-syarat hadith hassan.
Iaitu lemah sanadnya.
Sesetengah ulama membolehkan penggunaan hadith
daif hanya dalam menggalakkan sesuatu amalan
atau kebaikan, tetapi tidak boleh diguna
sebagai sumber hukum.

7. Hadith Maudu (palsu)

Tidak dapat dibuktikan hadith rasulullah.
Contohnya tidak diketahui sanadnya.
Fitnah ini berlaku bermula pada zaman
Khalifah Uthman di mana hadith palsu telah dicipta
untuk mempertahankan aliran peribadi.
Contoh hadith palsu:
"Barangsiapa ingin melihat kepada Adam tentang ketinggian
ilmunya, dan kepada Nuh tentang ketakwaannya dan
baktinya, dan kepada Ibrahim tentang kebaikan hatinya,
dan kepada Musa tentang kehebatannya,
dan kepada Isa tentang ibadatnya,
maka hendaklah ia lihat pada Ali (saidina Ali).
Hadith yang diada-adakan oleh golongan syiah.
Rasulullah s.a.w. melarang mengada-adakan hadith palsu.
Sabdanya;
Janganlah kamu berdusta atas namaku,
kerana bahawasanya barang siapa yang berdusta
atas namaku, masuklah dia ke dalam neraka.
(Muslim)

Sumber: