Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

.:DIA LEBIH MENGETAHUI:.


"Aku tekun berdoa dan berusaha
untuk kejayaan dan kebahagiaan…
ku sedar,
ada ketikanya hajatku lambat terpenuhi
dan mungkin Allah akan gantikan dengan yang lain,
yang lebih baik...
aku yakin kejayaan dan kebahagiaan itu akan
jadi milikku walaupun mungkin
dalam bentuk dan waktu yang lain...
insyaAllah.... "

Firman Allah :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Sesungguhnya Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahui"....

[Al-Baqarah:216]


Pasti ramai yang tahu cerita ni..

kisah tentang “Rama-rama dan Bunga”...

bagaimana Allah mengurniakan apa yang

sememangnya terbaik buat hambaNya...

walaupun pada mata seseorang hamba itu

kurniaan Allah itu belum cukup buat dirinya..

tidak memuaskan hatinya....

ketahuilah...

segalanya milik Allah....

dan apa yang dikurniakan pada kita itulah yang terbaik....

kerana Allah Maha Penyayang,

Maha Mengetahui....

semoga kisah ini dapat 'merawat' hati2 yang sedang sedih dan kecewa




Friday, February 26, 2010

.:MAULIDUR RASUL:.






Hari
Besar Bakal Menjelma

www.iluvislam.com
Kiriman: akhie_naim
Editor : b_b


Tarikh ulangtahun bagi peristiwa-peristiwa besar adalah tarikh yang sewajarnya kita raikan dan sambut dengan meriah dan gilang gemilang sebagai tanda gembira, syukur dan pembangkit semangat kita terhadap makna penting daripada sesuatu peristiwa tersebut. Sedar atau tidak, bulan Safar kini sudah melabuhkan tirainya dan bulan Rabi’ulawwal sudah menjelma. Semua umat Islam di serata dunia sudah tentu sedia maklum akan peristiwa terbesar yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawwal. Hari tersebut adalah lebih besar daripada ‘Eidulfitri mahupun ‘Eiduladha, yang seringkali kita sambut dengan begitu gilang-gemilang. Tanggal 12 Rabi’ulawwal – lebih 1480 tahun yang lampau – lahirlah seorang manusia agung, kekasih agung, makhluk Tuhan yang paling mulia, yakni tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah Muhammad s.a.w. Saat kelahirannya, terpancar cahaya dari perut ibundanya sehingga bercahaya istana-istana di Syam. Seluruh alam damai dan bergembira dengan kelahirannya. Kelahiran baginda adalah kelahiran agung!






Hayatilah syair yang masyhur, yang dikarang oleh seorang ulama ahli hadith dan ahli sejarah, yakni Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman ibnu ‘Ali Ibni Muhammad ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang lebih dikenali dengan gelaran Al-Imam Ad-Daiba’ie. Syair, kata-kata pujian serta selawat yang termaktub dalam karangan masyhur beliau, Maulid Ad-Daiba’ie diiktiraf oleh para ulama dan sudah digunakapakai selama lebih 450 tahun di dalam dunia Islam. Fahamilah bahawa syair-syair ini bukanlah semata-mata karangan yang berasaskan imaginasi pengarangnya; tetapi adalah merupakan pancaran rasa cinta yang begitu mendalam yang berasaskan ilmu pengetahuannya yang luas terhadap hadith-hadith yang begitu banyak serta ma’rifat kurniaan Allah S.W.T. Hayatilah di bawah ini terjemahan bait-bait syair beliau tentang kelahiran Rasulullah s.a.w., yang pasti membangkitkan lagi kecintaan dan kasih umat kepada Baginda Rasulullah s.a.w.



Hadirkanlah hati-hati kalian,
wahai sekalian orang yang mempunyai akal fikiran.
Agar dapat kujelaskan kepada kalian segala sifat yang indah menawan
dan cantik memukau bagaikan pengantin, milik Kekasih Teragung ini.
Yang diistimewakan dengan gelaran termulia (Kekasih Allah).
Yang pernah naik menghadap Allah,
Maharaja Yang Maha Pemberi (di malam Isra’ dan Mi’raj).
Sehingga ia dapat menatap langsung keindahan-Nya
tanpa sebarang tirai penghalang.

Ketika tiba saat kemunculan ‘Matahari Kerasulan’ ini di ‘Langit Keagungan’;
maka keluarlah satu malaikat membawa titah perintah Allah Yang Maha Agung,
kepada Ketua Penghuni Langit, Saidina Jibril a.s.

“Wahai Jibril, serukanlah kepada seluruh makhluk.
Di bumi dan di langit, dengan ucapan-ucapan tahniah dan khabar gembira.
Kerana sesungguhnya,
Nur yang terpelihara, dan Rahsia yang tertutup sekian lama,
yang telah Aku wujudkan sebelum terwujudnya segala sesuatu,
dan sebelum Kuciptakan bumi dan langit.
Pada malam ini,
akan Ku pindahkan ke dalam perut ibunya dalam keadaan riang gembira.
Dengan sebabnya, akan Ku penuhi seluruh alam dengan cahaya.
Ia akan Ku pelihara dan Ku didik
dalam keadaan yatim (tanpa campur tangan ibu bapanya)
dan akan Ku sucikan ia dan ahli keluarganya dengan sesuci-sucinya
(sehingga mereka tidak akan melakukan perkara yang Aku tidak redhai)”


(Setelah Saidina Jibril a.s. menyerukan titah Allah tersebut)
maka ‘Arasy bergoncang hebat kerana merasa sangat gembira.
Kursiy yang teramat hebat itu pula
menjadi semakin hebat dan agung (demi memuliakan Baginda s.a.w.).
Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya (bagaikan sedang berpesta).
Sedangkan suara para malaikat bergemuruh mengucapkan tahlil,
tahmid dan istighfar (lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda s.a.w. ke mayapada).

(Sejak awal kehamilan) Bondanya (Sayyidatina Aminah r.anha)
sentiasa melihat pelbagai mimpi dan tanda kemegahan
serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu,
sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna.
Lalu ketika dirasakan dirinya benar-benar akan melahirkan,
dengan keizinan Tuhan segala makhluk,
maka ia pun melahirkan Al-Habib s.a.w. dalam keadaan sedang sujud,
bersyukur dan memuji Allah,
begitu comel dan indah laksana bulan mengambang penuh.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan
dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Kedua matanya yang mulia bercelak dengan ‘Celak Hidayah’
(terpelihara daripada memandang apa yang tidak diredhai oleh Allah).
Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya.
Dan alam semesta penuh dengan keindahan
serta bersinar cemerlang kerana Nurnya itu.

Generasi yang tidak menjumpainya, termasuk juga umatnya,
sebagaimana generasi yang telah berlalu sebelumnya.
Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan orang-orang Parsi
(yang tak pernah padam selama seribu tahun).
Beranda-beranda istana Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh berjatuhan.
Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah api bintang
yang panas membakar dari langit.
Semua jin yang sombong dan zalim,
berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w.





Begitulah sebahagian kecil daripada syair-syair yang mengisahkan tentang kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Peristiwa kelahiran Baginda s.a.w. sudah tentu adalah merupakan peristiwa yang terbesar dalam kehidupan kita sebagai umatnya. Dengan kelahirannya, Rahmat Allah S.W.T. tersebar ke serata alam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita merasai nikmat Islam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita pada hari ini dapat sujud dan tunduk menyembah kepada Tuhan Yang Maha Agung. Nah, sekarang ini tarikh 12 Rabi’ulawwal semakin hampir dengan kita. Apakah persiapan kita bagi menyambut tarikh yang bersejarah tersebut? Seandainya ulangtahun kelahiran kita, ibubapa kita, adik-beradik kita, rakan-rakan kita, serta orang-orang yang kita sayangi, kita raikan dengan penuh meriah, bagaimanakah sikap kita dalam menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w.? Sudah tentu, kita meraikan ulangtahun kelahiran baginda bukanlah sepertimana orang-orang Barat meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Sebaliknya, kita meraikan ulangtahun kelahiran Baginda s.a.w. sebagai manifestasi kecintaan kita yang mendalam terhadap Baginda s.a.w.; kita penuhi dengan selawat, maulid serta pengkisahan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Mencintai Rasulullah s.a.w. adalah merupakan kewajipan terhadap kita selaku umat Baginda s.a.w. Malah, dengan sebab kecintaan kita terhadap Baginda s.a.w. (yang benar-benar tulus) itulah yang akan mampu menyampaikan kita kepada keredhaan Allah S.W.T., serta kedudukan yang mulia di akhirat yang kekal abadi kelak.

Daripada Sayyidina Ali r.a., bahawa Nabi s.a.w. mencapai tangan Hasan r.a. dan Husin r.a.,
lalu bersabda (yang lebih kurang maksudnya):


“Sesiapa yang mengasihiku dengan mengasihi kedua-dua (cucuku ini)
serta kedua ibu bapa mereka (Sayyiduna Ali dan Fatimah r.a.),
maka mereka akan bersamaku di dalam kedudukanku pada hari Kiamat.”

(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi, hadith Hasan)


Monday, February 1, 2010

.:BURUAN CINTAKU:.


~BURUAN CINTAKU~


islamic wallpaper Pictures, Images and Photos

Saat ku tercari-cari cahaya hidup
Ku lihat sinar menyuluh dari permukaan
Lantas ku gagahi tangan mencapainya


Namun ku bingung
Makin ku gapai,
makin ku tenggelam
Terusku dihanyut semakin jauh
Oleh derasnya arus hidup dunia yang fana
Sinar dambaan makin kabur dipisah jarak
Makin payah untuk dimiliki
Hanya melambai-lambai tanpa simpati
Hati gusar bercampur pilu
Menjerit-jerit minta diselamatkan


Namun saat pandangan mulai gelap
Nafas makin sesak di dasar lautan hidup
Dan jiwa mulai merintih kata putus asa
Ku terasa tangan ditarik lembut
Lantas bibir kering mengukir senyum
Bahagia kerana masih ada yang mendengarkan
Tatkala itu jua
Cinta mulai berputik
Pada Sang Dia yang memberiku nafas baru


Tapi hampa bertandang saat mata hati dibuka
Kerana tiada kelihatan Sang Dia di hadapan
Untuk memimpin ku menyusuri tebing dunia yang curam
Butir-butir jernih mula menghujani pipi
Bimbang diri terjatuh dan dihanyut lagi
Oleh ganasnya gelora hidup


Namun saat itu jua kudengari
Bisikan memujuk diri
Memberitahu Sang Dia dekat di hati
Akan sentiasa mengawal serta mengawasi
Apabila ku mula terleka
Dibuai kejamnya bayu dunia
Jua menyuruh hatiku yang merindu agar bersabar
Menunggu waktu ditetapkan
Tatkala hijab antara aku dan Sang Dia dibuka


Kini baru diri mengerti
Cahaya yang dicari selama ini
Amat dekat denganku..terlampau dekat
Ianya ada di sudut sukmaku
Tidak pernah menjauh walau sedetik
Kerana cahaya hidupku itu adalah Sang Dia


Dan baru ku sedari
Cahaya yang menyinari dan cuba ku gapai awalnya
Cumalah dari sinar sang mentari duniawi
Yang hanya setia mengiringi diri di siang hari
Tetapi pasti hilang di sore hari


islamic Pictures, Images and Photos


Wahai Sang Dia
Hatiku telau Engkau curi dengan kerelaanku
Menetaplah Engkau di sana
menemani setiap denyut nafasku
Agar bisa menjadi penghalang
Bila hati mendambakan kejahatan
Agar diri selalu merindu dan takutkanMu
Tatkala mengimbas dosa
kerana mengejar sinar sang mentari
Agar ketenangan sentiasa milikku
Kerana hanya dengan mengingatiMu
ketenangan akan mendekatiku..


douaa Pictures, Images and Photos

Kadang-kala diri ini,
Terasa ingin melarikan diri,
Ke suatu tempat yang tiada penghuni,
Jauh daripada fitnah duniawi,
Hanya ingin bersendiri,
Tiada siapa di sisi,
Hanya Dia yang sentiasa di hati,
Rabb-ku yang dirindui.

Ku terus berlari,
Mencari cinta Hakiki,
MenujuMu Ya Rabbi...

islamic wallpaper Pictures, Images and Photos


"Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
biar kaki sunyi tanpa berjalan,
biar hidup sunyi tanpa cinta yg melalaikan,
tp,jangan biar hati sunyi
tanpa CINTA kepada Tuhan"


Monday, February 16, 2009

.:ERTI SEBUAH KEHIDUPAN:.




Apabila berbicara mengenai kehidupan saya akan bertanya kepada pendengar,

"Berapa kalilah kita hidup??"

dan jawapan yang saya selalu dengar,

” Kita hidup hanya sekali” .

Inilah yang selalu disebut: “Enjoylah beb… hidup hanya sekali”.

Memahami hidup hanya sekali merupakan asas kesesatan umat hari ini.

Kehidupan selepas mati sudah tidak ada di dalam ruang minda manusia ini.

Inilah minda jahiliyyah yang bertanya kepada nabi s.a.w.:

" Apakah apabila manusia mati dan

sudah menjadi tulang belulang masih boleh dibangkitkan?”

Mereka menganggap kehidupan hanyalah kehidupan di dunia.

Kepercayaan sesat ini pula bertunjangkan kepada

ketidakyakinan kepada Allah sebagai al-Rab, al-Malik dan al- Ilah.

Tidak yakin kepada Allah kerana tidak percaya kepada al-Quran .

Tidak beriman dengan kitab al-Quran kerana tidak

percaya kepada nabi Muhammad s.a.w.

Tidak percaya kepada nabi s.a.w. ialah keranana kejahilah

disebabkan kurang ilmu atau memiliki ilmu yang salah

dan wujud salah faham terhadap nabi Muhmmad s.a.w.

Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan Akhirat.

Inilah yang disampaikan kepada kita oleh nabi Muhammad s.a.w.

yang terdapat di dalam al-Quran yang merupakan bicara Allah,

Pencipta Alam ini, Pemilik Mutlaknya,

Pengatur semua undang-undang dan sistem dan

Ilah yang wajib disembah, ditaati dan dikasihi.

Dunia adalah sebuah perhentian dalam perjalanan menuju akhirat

Dunia adalah tempat manusia diuji dan akhirat tempat perhitungan dan pembalasan

Dunia negeri beramal dan akhirat negeri menerima balasan

Dunia tempat berjihad dan bersusah payah manakala akhirat tempat istirehat bagi manusia yang beriman dan lulus ujian Allah.

Manusia diturunkan kedunia memikul amanah,

memikul tanggungjawab, membawa misi Allah dan akan dimatikan seterusnya

dikembalikan kepda Allah untuk diberi pembalasan.

Dunia adalah tempat perjuangan, melawan nafsu,

melawan iblis, melawan tarikan dunia, melawan fitnah kuffar

dan bersabar terhadap hasad dengki orang-orang fasik.

Ujian bermula sejak di alam nutfah,

berjuta-juta benih sudah mati sebelum berjaya menembusi

sebutir telur untuk memulakan sebuah kehidupan.

Kehidupan di alam rahim memberi bebanan, keperitan, kesengsaraan

hidup seorang ibu yang bakal melahirkan seorang khalifah adalah

satu kepayahan, kepayahan hidup diusia bayi, karenah zaman kanak-kanak,

zaman remaja dan ujian tanggungjawan diusia remaja, meniti umur

di usia tua dan kembali kepada Allah membawa dosa membawa reda.

Ibu bapa yang berjaya menyediakan bayi-bayi ini

untuk memikul bebenanan khalifah telah dijamin

oleh Rsulullah s.a.w. sebagai ahli syurga.

Itulah erti kehidupan ini,

ia hanya medan ujian Allah untuk memilih ahli syurga atau neraka.

Kehidupan ini penuh misteri, kejahilan, kegelapan, kezaliman

hingga pada diri sendiri tetapi Allah yang mencipta

kehidupan ini telah mengajar ilmu, menerangi hidup dengan cahaya hidayah,

menghapuskan kezaliman dengan mengajar hakikat

Tauhid kepda Allah dan menceritakan hakikat kehidupan sebenar..

Namun hingga kini masih ramai manusia masih kabur,

gelap, tidak mengerti, tidak memahami, tidak tersedar, terlena,

terleka, diheret taufan nafsu, ditipu fatamorgana dunia

dan merasa cukup beramal untuk diri sendiri…


SEDANGKAN LALUAN KE SYURGA HANYA

DENGAN MENERIMA WARISAN NABI,

MENJADI GURU, MURABBI

DAN

MUJAHID DI JALAN ALLAH.


Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot


Thursday, February 12, 2009

.:DEDIKASI CINTA:.

VALENTINE DAY

(HARI BERKASIH SAYANG?????!!!!!!)

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?


“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).”

(Surah Al-An’am : 116)


Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat

pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day'

amat popular dan merebak di merata2.

Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana

banyak kita temui simbol-simbol atau iklan-iklan tidak

Islami hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine.

Berbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam,

hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil;

ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine.

Dengan dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE


Sungguh merupakan hal yang menyedihkan apabila telinga kita

mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine

tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri.

Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada')

yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka

dia diberi gelaran Saint atau Santo.


Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh krn pertelingkahan

dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M).

Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan,

keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup,

maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai

beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'.

Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan

kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang

jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian),

pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine.

Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang'

juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang'

itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia,

pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'.

Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang

berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan

hidupnya pada tanggal 14 Februari.

Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya).

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui

dengan jelas asal usul hari Valentine.

Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card,

pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah)

dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang

sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa saat ini hanyalah tidak lebih

bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah'

muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat

dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan),

perjodohan dan kasih sayang. PANDANGAN ISLAM


Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri,

apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas

bukan bersumber dari Islam ?


Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:


“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai

pengetahuan tentangnya.

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati,

semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”.

(Surah Al-Isra : 36)


Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengetahui

dengan seluruh pancaindera yang dikuasai oleh hati.

Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya.

Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar.

Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila),

bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.


Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang

mendorong kepada suatu kepercayaan lain

atau dalam Islam disebut Taqlid.


Hadis Rasulullah s.a.w:

“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti

suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :

“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam,

maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya,

dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.


HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-


Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.


1. PRINSIP / DASAR Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.


2. SUMBER ASASI Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.


Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang

kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.


Katakanlah :

“Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”.

Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang

kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.


3. TUJUAN Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
4. OPERASIONALPada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan

syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”.

(Surah Al Isra : 27)


Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi :

“…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi,

nscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,

akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.

Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.


Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.


MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)

Perhatikanlah Firman Allah :

“…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka

setelah datang ilmu kepadamu,

sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk

golongan orang-orang yang zalim”.


Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.


Firman Allah s.w.t.:

“Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia

akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq

(benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih),

mereka itulah sebaik-baik teman”.


Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia)

di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-


"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..




Wednesday, January 21, 2009

.:Kedudukan Orang yg Cinta-Menyintai kerana Allah SWT .:



Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW
yang menerangkan kedudukan dan
darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah.
Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia
dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya.
Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh
golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah
naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang
lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:
"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, seorang yang membesar
di dalam beribadat kepada Allah,
seorang yang hatinya terikat kepada masjid-masjid,
dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,
seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita
jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata
"aku ini takut kepada Allah",
seorang yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu
disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui
apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya,
dan seorang yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah)
bersunyi (keseorangan) lalu mengalir air matanya"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia
sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan
tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya
di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari
matahari yang sejengkal saja dari kepala.
Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan
oleh Allah kepada mereka.
Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???
Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua
orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T.
Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi,
iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar
yang maha luas itu.
Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang
kerana kemuliaanku pada hari ini,
Aku perlindungi mereka dibawah naunganKu pada hari yang
tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku"
(Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari
Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman:
orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku,
mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya,
sangat dicita-citakan tempat-tempat
mereka itu oleh para Nabi, Shiddiqin dan Syuhada."
(Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim)

Dalam Hadis Qudsi yang lain diriwayatkan oleh Ubadah As-Sahamit:
"Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada
orang yang cinta mencintai keranaKu.
Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang
sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang
yang saling bernasihat keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang
yang saling berziarah keranaKu.
Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang
yang saling bantu membantu keranaKu.
Orang yang cinta mencintai keranaKu berada d
i atas mimbar-mimbar dari cahaya,
sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi,
Siddiqin dan Syuhada."
Alangkah tingginya kemuliaan mereka.
Alangkah sempurnannya ganjaran yang akan mereka
dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.
Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang
lain sahaja yang ada dalam hidup ini.
Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai
kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu.
Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat
payah untuk dicapai dan dicari.
Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali
orang yang telah bersih jiwanya,
tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa
hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah.
Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka
darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka di dunia
dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah
dan penuh dengan perhiasan ini.
Memang orang sifatnya demikian sangat sukar didapati pada zaman ini,
meskipun tidak dapat dinafikan mereka itu ada dalam
masyarakat kita masa ini, tetapi terlalu sedikit sekali bilangannya.
Mereka tidak semestinya datang dari kalangan saudara-mara,
atau kaum kerabat sendiri.
Tetapi kalau ada memang itulah yang paling baik sekali,
supaya hubungan keluargaan itu menjadi lebih erat dan berpanjangan.
Memang itu merupakan suatu nikmat,
apabila ada seorang saudara sedarah
sedaging mengambil berat terhadap saudaranya,
masing-masing memberikan perhatian kepada yang lain
dalam serba-serbinya di kehidupan ini.
Yang anehnya,
bila orang-orang seperti ini datangnya dari luar kaum kerabat,
seperti teman rakan dan sahabat yang tiada hubungan
darah di antara kita dengannya,
tetapi hubungannya dengan kita dan pengambil-beratannya
dengan diri kita justeru lebih teguh dan erat dari kaum kerabat sendiri.
Itulah tandanya persaudaraannya kerana Allah Ta'ala,
yang kerana ikhlasnya dalam persahabatannya itu,
dia malah memandang kepada kita.
Orang-orang yang semacam inilah yang sangat dikasihi oleh Allah Ta'ala,
yang disebutkan dalam sabdanya di atas, bahawa
'Aku akan menaunginya nanti di Hari Kiamat di bawah naunganKu!',
firman Allah Ta'ala.
Bertuahlah siapa yang sudah mendapat taufiq
daripada Allah untuk bersifat dengan sifat ini.
Ini adalah kurnia luar biasa,
sebab itulah balasannya juga adalah luar biasa.
Kalau sudah dijanji Allah akan mendapat lindunganNya di Hari Kiamat,
tentulah hidupnya di dunia ini akan dilindungi Allah pula,
supaya dia berjalan di atas jalan yang diridhaiNya,
tiada menyelewang dari jalanNya yang lurus.
Berbahagialah orang ini, dan mudah-mudahan kita
juga akan diberi Allah taufiqNya untuk menjadi orang yang seperti ini,
Insya Allah Ta'ala.
Marilah sama-kita renung seketika
hadis-hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya:
"Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu berkata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat-setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.

Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama,
dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya,
maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan,
yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya,
maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu,
dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu,
dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.
Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya,
dan di dalam hal-ehwal kehidupannya,
yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang,
maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak
ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang,
kerana orang itu bisa menemannya untuk pergi ke tempat maksiat,
atau membantunya untuk menganiaya orang,
ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar,
maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa
itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna,
kerana ia menarik kita ke jalan syaitan,
yang tidak kena-mengena dengan Allah.
Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan
bertukar menjadi permusuhan di akhirat.A
langkah besarnya cinta yang sedemikian yang
mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.

Didalam hadis yang lain Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga.
"Demi yang diriku di dalam genggamannya , kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Sesungguhnya Rasulullah telah mengetahui dengan
pandangan tarbiah yang diperolehi dari Allah, bahawasanya tidak ada sesuatu pun yang dapat mencabut hasad dengki dari dada,
dan kekotoran jiwa kecuali persahabatan yang sejati.
Satu nilai persahabatan yang tinggi yang menguasai kehidupan orang Islam
yang dibangunkan atas dasar Mahabbah, nasihat menasihati, perpaduan, bebas dari segala tipu daya, hasad dengki, benci membenci dan sebagainya.
Dengan kasih sayang yang gemilang inilah,
Rasulullah telah membangunkan generasi Islam yang pertama,
satu generasi yang telah menyampaikan langit kebumi (rahmat yang melimpah ruah)
dan membina mahligai Islam di alam sejagat.
Inilah dia kasih sayang dan perpaduan yang tiada siapa sudi
menanamnya didalam hati kecuali Islam.
Kasih sayang yang suci lagi kukuh dan cinta yang setia
di antara mereka jualah yang akan menjayakan perjuangan mereka.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam."
(Riwayat Muslim)
Sesungguhnya orang Islam yang menghayati ajaran
agamanya akan mempunyai hati dan perasaan yang sentiasa
berkobar-kobar untuk mencintai saudara dan sahabatnya.
Dia akan menghadapi mereka dengan sepenuh hati dan perasaannya.
Inilah asas-asas yang menjadi faktor perpaduan
untuk mencapai cinta dan redha Allah di Akhirat kelak.
Fahamkanlah maksud Hadis ini baik-baik,
moga-moga Allah merahmati anda!
Dan membimbing anda ke jalan yang diredhaiNya, agar anda disayangiNya,
serta diberikanNya balasan besar yang memang telah disediakanNya untuk siapa yang disayangiNya.
ameen2..
Fatwa Saiyidina Umar r.a :
“Orang yang bijaksana,tidaklah dia mahu mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikirannya, kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhalaknya, lanjut akalnya, dan di waktu mudanya bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang melalaikan keteguhan percintaan dari sahabatnya, maka tidaklah dia akan merasai buah persaudaraan orang itu terhadapnya. Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan sebab takut dikhianati, maka hiduplah dia dengan tidak bersaudara. Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan apabila putusnya persahabatan itu.”
"Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
(At-Taubah:24)
Ya Allah, jauhilah aku dari cinta panahan syaitan,
berikanlah cintaku ini kepada seseorang yang sangat mencintaiMu...
lapangkanlah hati ku ini dengan cintaMu yg sejati...
sekiranya dia bukan Kau ciptakan buatku,
maka Kau jauhkan lah dia dari pandanganku
dan berikanlah aku kekuatan untuk terus bercinta denganMu.

Doa Rasulullah s.a.w.:
Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu,
dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu,
dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu.
Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu
dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan
aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku
daripada apa yang aku cintai,
maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai.
Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai,
maka jadikan ia keredaan untukku
dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai
daripada cintaku kepada keluargaku,
hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu,
mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu
dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku
dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu".

[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih,
Rasulullah s.a.w bersabda
Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]

Tuesday, December 23, 2008

.:7 Perkara Ganjil:.

TUJUH PERKARA GANJIL
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur
dan mencuri kain kafan untuk dijual.
Pada suatu hari,
pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli
ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan
untuk bertaubat kepada Allah s. w. t.
Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang
menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku
yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama,
aku lihat mayat yang pada
siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi pabila aku menggali semula
kuburnya pada waktu malam,
aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda,
mereka itulah golongan yang telah
mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya.
Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat,
bagi membezakan mereka daripada
golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,
" Golongan yang kedua,
aku lihat wajah mereka sangat elok semasa
mereka dimasukkan ke dalam liang lahad.
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka,
ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi.
Golongan yang ketiga yang aku lihat,
pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja.
Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam,
ku lihat perutnya terlalu gelembung,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar
memakan harta yang haram, wahai anak muda,"
balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat,
ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu,
" Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha
kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya
dan keluar segala isi dari tubuh badannya,"
sambung pemuda itu. "
Anak muda,
mereka itulah golongan yang
gemar memutuskan silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran
dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari.
Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda,
bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi
3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,"
jelas ahli ibadah tersebut. "
Wahai guru,
golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siangnya lahadnya kering kontang.
Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu,
ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya
dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda,
itulah golongan yang memakan
harta riba sewaktu hayatnya,"
jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru,
golongan yang terakhir yang aku lihat,
mayatnya sentiasa tersenyum dan
berseri-seri pula wajahnya.
Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?"
tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut,
" Wahai pemuda,
mereka itulah golongan manusia yang berilmu.
Dan mereka beramal pula dengan
ilmunya sewaktu hayat mereka.
Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan
kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya
mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang
dan kepadaNya jualah kita akan kembali.
Kita akan dipertanggungjawabkan atas
setiap amal yang kita lakukan,
hatta amalan sebesar zarah.
Wallahua’lam..
Moge2 kisah ini mmpu mnjadi pedoman & teladan dlm
perjalanan hidup kte b'sme hendakNya..insyaAllah..
.:Salam Ukhwah Fillah:.