TUJUH PERKARA GANJIL
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur 
dan mencuri kain kafan untuk dijual. 
Pada suatu hari, 
pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli 
ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan 
untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. 
Dia berkata,
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, 
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang 
menimpa mayat-mayat tersebut. 
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku 
yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." 
" Yang pertama, 
aku lihat mayat yang pada 
siang harinya menghadap kiblat. 
Tetapi pabila aku menggali semula
kuburnya pada waktu malam, 
aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. 
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. 
" Wahai anak muda, 
mereka itulah golongan yang telah 
mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. 
Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan 
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, 
bagi membezakan mereka daripada
golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, 
" Golongan yang kedua, 
aku lihat wajah mereka sangat elok semasa 
mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. 
Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, 
ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. 
Golongan yang ketiga yang aku lihat, 
pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. 
Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, 
ku lihat perutnya terlalu gelembung, 
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar 
memakan harta yang haram, wahai anak muda," 
balas ahli ibadah itu lagi. 
" Golongan keempat, 
ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi 
batu bulat yang hitam warnanya.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" 
Jawab ahli ibadah itu, 
" Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. 
Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha 
kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya." 
" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, 
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya 
dan keluar segala isi dari tubuh badannya," 
sambung pemuda itu. " 
Anak muda, 
mereka itulah golongan yang 
gemar memutuskan silaturrahim. 
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran 
dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. 
Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, 
bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi
3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," 
jelas ahli ibadah tersebut. " 
Wahai guru,
golongan yang keenam yang aku lihat, 
sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. 
Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, 
ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya
dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," 
" Wahai pemuda, 
itulah golongan yang memakan 
harta riba sewaktu hayatnya," 
jawab ahli ibadah tadi. 
" Wahai guru, 
golongan yang terakhir yang aku lihat, 
mayatnya sentiasa tersenyum dan 
berseri-seri pula wajahnya. 
Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?"
tanya pemuda itu lagi. 
Jawab ahli ibadah tersebut, 
" Wahai pemuda, 
mereka itulah golongan manusia yang berilmu. 
Dan mereka beramal pula dengan 
ilmunya sewaktu hayat mereka. 
Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan 
kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya 
mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang
dan kepadaNya jualah kita akan kembali. 
Kita akan dipertanggungjawabkan atas 
setiap amal yang kita lakukan, 
hatta amalan sebesar zarah. 
Wallahua’lam.. 
Moge2 kisah ini mmpu mnjadi pedoman & teladan dlm
perjalanan hidup kte b'sme hendakNya..insyaAllah..
.:Salam Ukhwah Fillah:.





No comments:
Post a Comment