Showing posts with label MUSLIMAH. Show all posts
Showing posts with label MUSLIMAH. Show all posts

Friday, February 6, 2009

.:BUAT MUSLIMAH:.




Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...




Sumber:I LUV ISLAM


Sunday, February 1, 2009

.:ASPIRASI MUJAHIDAH:.







Biar hidup sendiri dan selesa
membina pahala
daripada hidup berdua
tetapi
menjadi pencetus dosa ke neraka..

Biar hidup seorang
dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia,
daripada hidup berdua
dan merasakan diri masih menggoda
untuk semua..

Biar hidup sendiri
dan masih kekal serinya
daripada dikelilingi lelaki
tetapi
telah hilang maruah diri.
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi
daripada cepat jodohnya
tetapi
tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama
dengan sayapnya
yang terang dan indah
daripada sang kelkatu
yang menerjah api..




Wednesday, January 21, 2009

.:DARI HAWA BUAT HAWA:.


Wahai Hawa, Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu?
Kenapa..
mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa..
masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa..
masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Sedarlah..
Tangan yang mengoncang buaian..
boleh mengoncang dunia,
Sedarlah hawa..
kau boleh mengoncang dunia dengan
melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah,
kau boleh menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang
keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu,dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu
untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian
kaum Adam yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan
dan kebencian ALLAH. BAHANA!
Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan
dalam menyesatkan kaum Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja..
jadilah anak yang Solehah
buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami..
jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu,
andai engkau seorang ibu..
didiklah anakmu
sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuklelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,k
erana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan...
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, k
emanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut menberi kesempatan
pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah
hubungan antara lelaki dan wanitayakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu...
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang
memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga
yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat
menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

“Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Solehah”
(Hadith Riwayat Muslim)



Dapatkan TestIslamic di SahabatMusleem.blogspot

"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"





Wanita - De Hearty

Tuesday, January 20, 2009

.:BUAT INSAN BERGELAR WANITA:.





Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi...
Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah",
maka akan menguntumlah
sekuntum senyuman dibibirnya
dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah ia.

Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?

Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa
dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan'
kerana
sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya.

Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi
tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu.

Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya

maka suamilah yang menjadi mangsa.

Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.

Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.

Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan
meragam
seandai kemahuannya tidak tercapai,

mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi,

kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada
cantik
atau tidak adalah pada akhlaknya.

Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,

lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka
pada
suami adalah ibarat bunga raya.

Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia,
taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka.

Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.

Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.

Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.

Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak
akan meyakitkan hati dan mata.

Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.

Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.





Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa
untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita
yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat
kecantikan sentiasa resah jiwanya.

Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.

Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai
atau menandingi kejelitaannya.
Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala
yang
tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal

menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung
mazmumah
akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.

Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan,

cantik indah tetapi hina terdedah.

Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan.

Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya.

Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing
dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan
Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan?
Baru sanggup berjuang,
berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita
daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina.
Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban.

Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan.
Lihatlah ke seluruh penjuru alam.

Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari,
percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang,

gunung-ganang tidak berpancang.

Usah terlena dibuai keindahan,

sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya,
dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya
padaNyalah kamu meminta pertolongan."

[ An-Nahl:53]

RENUNGLAH IA WAHAI MUSLIMAH...




Sunday, December 14, 2008

.:Tuntutan Menutup Aurat:.





Bila ditimbulkan soal aurat,
maka persoalan ini sering ditujukan kepada wanita.
Namun begitu, bagi lelaki juga,
perbahasan mengenai hal yang berkaitan dengan aurat perlu
diambil berat kerana bagi kedua-duanya tiada beza
kewajipan untuk menjaga auratnya.

Tapi pada kali ini,
perbincangan ini khusus bagi aurat wanita.
Namun,
Janganlah kita lupa bahawa ianya perlu diketahui
bukan sahaja bagi diri seorang wanita,
bahkan lelaki juga perlu mengetahuinya
kerana ia mempunyai hubung kait,
lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim.

Hari ini apa yang kita dapat lihat,
sesetengah wanita seolah2 beranggapan menutup aurat
itu cukup sekadar memakai tudung serta
memakai pakaian yang menutup tubuh badan,
namun yang selebihnya tidak diambil tahu.

Lihat saja di sekeliling kita,
ada wanita yang memakai tudung,
namun tudungya ibarat tudung yang tersilap beli,
atau tersilap tempah dari segi saiz dan ukurannya.
Dada yang menonjol diperlihatkan kepada pandangan umum.
Begitu juga dari segi pakaiannya,
sama ada bajunya mahupun kain atau seluar yang dipakai..

Sedangkan Allah telah berfirman
dalam Surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”



Lafaz zahir yang dimaksudkan adalah bermaksud
adalah muka dan tapak tangan sesuai
dengan keterangan hadith
daripada Aisya R.A yang bermaksud :

“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah S.A.W dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan muka daripadanya, kemudian bersabda : “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah S.A.W menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya “. (Riwayat Abu Daud)

Dengan ini, jelaslah bahawa menutupi anggota badan
bagi wanita kecuali muka dantapak tangannya adalah wajib.
Seterusnya, mengenali apakah yang dimaksudkan dengan aurat
itu juga kita harus dalaminya secara sebenar-benarnya,
bukan sekadar mengetahui bahawa aurat itu bermaksud
“pakai tudung, pakai baju, pakai seluar ” itu sahaja.

Definisi aurat di sisi syara’ :

1-Semua anggota yang wajib
ditutup dan haram dipandang.
(definisi ini adalah yang paling tepat)

2-Sesuatu atau sebahagian anggota tubuh badan
manusia yang malu apabila dilihat orang.

3-Sesuatu yang berharga,
tetapi tidak cukup kekuatan kita untuk membelanya
dan mempertahankannya apabila diserang musuh.
Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam
Surah al-Ahzab, ayat 13.


Jika kita lihat pada definisi yang pertama,
ia bukan saja menjelaskan bahawa aurat itu wajib ditutup,
bahkan ia menyebutkan bahagian yang wajib
ditutup itu jugalah haram dipandang.
Jadi inilah kaitan yang perlu diambil perhatian
bukan sahaja bagi diri wanita,
akan tetapi juaga bagi diri lelaki
khususnya yang beragama Islam.

Seterusnya batas-batas aurat
seseorang wanita sesama wanita yang lain
dan begitu juga wanita dengan lelaki,
baik mahramnya, atau bukan mahram, muslim atau kafir.

1-Aurat wanita dengan wanita

Aurat muslimah dengan muslimah
Ialah bahagian antara pusat dan lutut.
Iaitu harus bagi muslimah menampakkan
tubuh badannya selain bahagian
antara pusat dan lutut kepada muslimah yang lain.
Tetapi jika bimbangkan Fitnah atau pandangan bershahwat,
maka seluruh tubuhnya adalah aurat
kecuali muka dan tapak tangan.

2-Aurat muslimah dengan wanita bukan Islam

Ialah semua bahagian atau anggota tubuh badan
kecuali yang kelihatan apabila melaksanakan tugas
dan urusan rumah tangga.
Iaitu harus bagi wanita Muslimah menampakkan muka,
kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan kaki hingga
ke lutut kepada wanita bukan Islam.
Adapun aurat muslimah dengan wanita
bukan Islam yang hamba atau mahram
Kepada muslimah itu adalah bahagian antara pusat dan lutut.
Akan tetapi,
jika bimbangkan fitnah atau pandangan mereka bershahwat
Maka seluruh tubuhnya adalah aurat
kecuali muka dan tapak tangannya.

3-Aurat wanita dengan lelaki

Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram
Ialah seluruh tubuh muslimah itu sama ada dia
telah baligh ataupun belum baligh adalah aurat
kecuali muka dan tapak tangan.
Iaitu harus bagi muslimah menampakkan muka dan tapak
tangannya kepada lelaki yang bukan mahram.
Sebaliknya jika bimbangkan fitnah,
maka muka dan tapak tangannya juga dikira sebagai aurat.
Jika lelaki bukan mahram yang
memandang muslimah bershahwat iaitu
ada niat berseronok-seronok dengan semata-mata
pandangan itu (pandangan bershahwat) walaupun aman
daripada fitnah,
maka seluruh tubuhnya adalah aurat.

4-Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram

Seterusnya aurat muslimah dengan lelaki yang mahram
baginya adalah antara pusat dan lutut.
Iaitu harus bagi muslimah menampakkan tubuh
badannya selain bahagian antara pusat dan lututnya
kepada lelaki yang bukan mahram dengan syarat aman
dari fitnah atau pandangan mereka tanpa shahwat.
Sebaliknya jika ia boleh membawa fitnah
dan pandangan bershahwat,
maka seluruh tubuhnya adalah aurat
kecuali muka dan tapak tangannya.


Syarat-syarat menutup aurat Islam
telah menggariskan tiga syarat asas
menutup aurat yang perlu dipenuhi :

1-Menutup kawasan aurat.

2-Tidak menampakkan warna kulit.

3-Tidak menampakkan bentuk tubuh.


Manakala terdapat dua syarat tambahan :

1-Hendaklah benda yang menutup aurat
wanita itu bukanlah jenis perhiasan,
Contohnya mahkota di atas kepala wanita.

2-Hendaklah pakaian itu tidak menyerupai
pakaian yang biasa dipakai oleh jantina Berlawanan.
Di sini, al-’urf atau adapt setempat memainkan peranan
penting Dalam menentukan pakaian yang khas
untuk lelaki dan wanita.
Lelaki yang menyerupai jantina
berlawanan akan dibenci Allah SWT dan RasulNya.

Sabda Rasul SAW :

“Bukanlah dari golongan kami, (orang beriman),
sesiapa yang menyerupai lelaki daripada
wanita dan bukan juga sesiapa yang
menyerupai wanita daripada lelaki”.


Syarat-syarat yang telah disebutkan tadi,
merupakan syarat-syarat yang wajib diikuti.
Berkenaan dengan aurat juga,
saya tertarik dengan satu persoalan yang dibahaskan di dalam satu kitab
yang bertajuk
“Tabarruj Dosa Berhias,
Bagaimana mengenalinya dan menghindarinya”
karangan dan susunan oleh Hj Mohd Hanif Hj Ismail
di mana ditimbulkan persoalan mengenai
pakaian harian sebagai pakaian solat.

Maka dengan ini,
adakah harus bagi wanita muslimah
sembahyang dengan pakaian hariannya?
Untuk menjawab persoalan ini,
marilah kita perhatikan
sepotong hadith yang bermaksud :

“Sesungguhnya Ummu Salamah RA bertanya
kepada Rasulullah SAW, bolehkah seorang wanita solat
dengan memakai baju kurung dan tudung
tanpa jubah (yang menutup dari kepala hingga kaki?).
Baginda menjawab :
“Boleh jika baju kurung itu labuh,menutup kedua kakinya”

(Riwayat Abu Daud)

Maka..

marilah sme2 kte menutup aurat

kerana ia bkn sje merupakan satu tuntutan

dan kewajipan..

malah

sbg pendinding & pelindung dari nafsu

dan kejahatan..

insyaAllah....

Renung2kan....=]






Wednesday, December 10, 2008

.:Wanita Mawar Berduri:.



MAWAR BERDURI,

Indah sungguh kelopak bungamu,

Secantik bahasa dan gerak gerimu,

Sopan ditiup sang bayu,

Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.


MAWAR BERDURI,

Kelopakmu tetap dipelihara,

Daripada Kumbang yang membinasa,

Duri didahanmu tetap tersedia,

Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.


MAWAR BERDURI,

Kau tetap sentiasa berdiri,

Menahan cabaran yang diberi,

Tetap tidak pernah hilang harga diri,

Dirimu indah sukar untuk didekati,

Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,

Melainkan syariat memberi


MAWAR BERDURI,

Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,

Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,

kerna dirimu telah rosak dibinasakan.



MAWAR BERDURI,

Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,

Menayangkan kecantikan yang tiada kesempurnaan,

Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,

Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.....



Tuesday, December 9, 2008

.:Bingkisan Buat Hawa:.



Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia
tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka
tercetusnya salam dan sekaligus
disusuli dengan pertemuan takut
lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Hawa.....
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut
memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.

Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Hawa.......
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang
memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah.
Hawa.....
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa
cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia
juga yang mengoncang iman lelaki.

.:Wanita Hiasan Dunia:.

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu...
Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Friday, December 5, 2008

.:Wanita Solehah Idaman Mujahid:.


"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”



Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam.
Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.
Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan
pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara
hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.
Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya,
yang zikirnya menjadi penawar dirinya;
tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi,
dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati.
Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri.
Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini
melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah.
Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu
kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨
(Rum: 21)




Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan,

ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku.

Aku adalah keturunan mulia,

ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu...


maka bertawakkallah kepada Allah,

sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya.

Jika Allah menolong kamu maka,

tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu,

dan jika ia mengecewakan kamu,

maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ?

"dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...”

(Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan.

Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain.

Ketahuilah,

jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah.

Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu.

Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan

ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai.

Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini,

dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah

dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...

pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian

ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam.

Aku masih kekurangan ilmu agama,

tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini.

Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk

memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku,

suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa.

Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul...


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."

(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini,
lalu kau akan tahu hakikat diriku dan
dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya
"pertemuan"
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)
Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia.
Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku.
Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman
dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan
sebagai tunjang nafsu semata-mata.
Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.
Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan
menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku
buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.
Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana
aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih
keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.
Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding
dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi.
Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya
murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang
mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”
Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku
menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh
ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada
kekayaan duniawi yang kau sediakan.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana
semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada),
redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im.
Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah
dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak.
Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang
paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini...

"Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu..."ameen..

Wednesday, December 3, 2008

.:Mengapa Wanita Mudah Menangis:.


"Saat Ku ciptakan wanita,
Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya,
agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,
walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut
untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat
melahirkan bayi dari rahimnya,
walau kerap berulangkali menerima cerca dari
si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan
membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah saat semua
orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat
keluarganya walau dia sendiri letih,
walau sakit,
walau penat,
tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka
dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya
dalam apa jua keadaan dan situasi.
Walau acapkali anak-anaknya itu
melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan
kehangatan pada anak- anak yang
mengantuk menahan lelap.
Sentuhan inilah yang akan memberikan
kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing
suaminya melalui masa-masa sukar
dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukannya tulang rusuk yang
melindungi setiap hati
dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan
untuk memberikan pengertian dan menyedarkan
bahawa suami yang baik adalah yang
tidak pernah melukai isterinya.
Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada
suami agar tetap berdiri sejajar,
saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya,
Kuberikan wanita air mata,
agar dapat mencurahkan perasaannya.
Inilah yang khusus kepada wanita,
agar dapat dia gunakan bila-bila
masa pun dia inginkan.

Ini bukan kelemahan bagi wanita,
kerana sebenarnya air mata ini adalah
"air mata kehidupan."