Tuesday, December 16, 2008

.:Jalan Ini Bukan Mudah:.




Sahabat..

Aku mencintaimu kerAna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu.

Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia

mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini

bukan jalan yang indah dan mudah.

Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.

Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan

kepadamu jalan ini akan senang kau lalui.

Bukankah sejarah membuktikannya,

haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi,

seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu?

Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar.

Kerana apa?

Kerana dia membawa yang haq!

Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung?

Kerana apa?

Kerana dia membawa yang haq!

Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah

di hadapan masjid di subuh yang hening.

Kerana apa?

Kerana dia juga membawa yang haq!



Amanah ini untuk kita,sahabatku.

Amanah ini untuk orang seperti kalian.

Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu

Bahkan tidak sesekali.


Tetapi sahabat,

yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah

terhadap orang yang menolong agamanya,

Allah pasti akan membantu urusannya.

Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya

terhadap hamba yang diredhai Nya.

Bukankah senang nanti

bila Allah tanyakan kepada kita:


Apa yang kau gunakan masa mudamu

dan aku dan kau serentak menjawab:


Ya Tuhanku,

Ya Rabb,

masa mudaku dan masa tuaku

adalah aku letakkan pada jalanMu.

Adalah untuk Kau.

Hanya untuk hidup dalam redhaMu

walau kami ditekan.

Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.





Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam,

bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan

sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja.

Tapi bukan engkau.

Engkau dibina dengan tarbiyah.

Dihiasi keindahan akhlak.

Dilahirkan sebagai pendukung agama ini.

Biar siapa sahaja pun engkau,

biar apa sahaja kata orang,

kau terus menguatkan langkah menyusur jalan ini.

Aku yakin,

kerana kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan

dan kemewahan mengikut jalan ini.

Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat.

Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu.

Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .

Akanku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini.

Akan aku luka dan berdarah bersama kau.

Kerana kita saudara

yang saling mencintai keranaNya.



No comments: