LELAKI
Lelaki bujang menanggung dosa sendiri
apabila sudah baligh manakala dosa gadis
bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum
berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab
ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya, maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua.
Berlainan kepada perempuan ,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya
maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau
berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN??
Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun
tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan
isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan
pendapatan isteri tanpa izin.
Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab
yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki,
lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami.
Mengikut kajian yang dilakukan juga,
nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki,
mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini
begitu berat untuk dilaksanakan?
atau mungkin kerana memekikirkan beratnya
dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.
TETAPI
seorang lelaki ada
keistimewaan-keistimewaan
yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
WANITA
Perlu meminta izin dari suaminya apabila
mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami
tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah
haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak
akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan
kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka
perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung
dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh
segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH
di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).
seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga
melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya
cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang yang
berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!
dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
tetapi
ingatlah wahai lelaki,
kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah,
maka dengan sebab itu
DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya,
supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt
dalam keadaan istimewa disisiNYA.
No comments:
Post a Comment