Thursday, August 13, 2009

.:PERGINYA SEBUTIR PERMATA:.




Tanggal 13 OGOS 2008,


Vokalis kumpulan nasyid Rabbani,


Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42,


disahkan meninggal dunia .

Perginya beliau umpama

hilangnya sebutir permata yang bernilai

dalam persada nasyid tanah air dan jua

antara insan yang paling penting dalam jalan dakwah.

Beliau adalah insan yang disegani.

Perginya sukar dicari ganti.




Terpaku aku saat mendapat tahu

tentang perginya insan ini.

Walaupun tak mengenali secara

dekat dan tak pernah bersua muka,

namun rasa kehilangan itu tidak dapat lari.


Mungkin kerana jalan dakwah,

aku cukup terkesan dengan berita ini

biarpun aku bukannya peminat setia

industri nasyid tanah air...


Mungkin,

ALLAH lebih menyayangi insan ini,

lalu dijemputnya segera mengadap yang ESA.

Kita doakan semoga rohnya ditempatkan

bersama para solihin.

Mulia disisi Allah.

Mungkin ini sebagai peringatan

buat kita yang masih hidup,

untuk terus mengingati tentang kematian

yang bakal datang menjemput kita tanpa di duga.


.:Sesungguhnye dari Dia kte datang,kepada jua kte kembali:.


Petikan kata2 Allahyarham yg diambil dari blog beliau:


"Aku adalah pengejar syurga akhirat,
bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan
segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;
aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah
dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga
dunia terlebih dahulu.
Maka rumah dan keluargaku adalah syurga
dunia paling indah buatku.
Tempat kerja syurga dunia harianku.
Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga
duniaku yang lebih luas.
Ke manapun dan sampai bila-bila
pun syurgaku selalu bersamaku..."



~Al-Fatihah~

No comments: