Friday, January 9, 2009

.:Teruskan Perjuangan...:.






Merah Saga,Shoutul Harakah

'Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu:
Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan
di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu
akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu)
kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu,
Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami
yang kuat gagah dan amat ganas serangannya
lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau
(membunuh dan membinasakan kamu) dan
(sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji
yang tetap berlaku.Kemudian (setelah kamu bertaubat),
Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk
mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu
dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak,
serta Kami jadikan kamu kaum yang
lebih ramai pasukannya'

(Al-Isra:4-6)


Palestin diserang lagi,
namun berapa ramai antara kita yang telah mengambil tindakan
proaktif dan berusaha untuk membantu saudara kita di sana?
Walau sekecil mana jua usaha yang dilakukan
biarlah Allah yang menentukan.
Mungkin pelbagai maklum balas dapat dilihat berkenaan
sumbangan wang,boikot dan pelbagai lagi usaha yang telah dilakukan,
positif mahupun negatif ,
usaha-usaha ini perlu diteruskan untuk membela saudara kita
yang terkorban di bumi Palestin terutamanya
berdoa untuk saudara tercinta.




Wahai sahabat,
tidaklah adil sekiranya kita mengharapkan pihak Amerika Syarikat
mahupun UK apatah lagi Israel untuk mengambil sebarang tindakan
yang akan merugikan mereka.
Seharusnya negara-negara Islam yang diam membatu bagaikan
tiada apa yang berlaku yang perlu bangkit dan bersatu ke arah
membebaskan Palestin dan menghentikan kekejaman ini.


Amat memalukan kerana perkara ini tidak berlaku malah
Mesir menidakkan keperluan untuk OIC bersidang
untuk membincangkan isu ini!
Malulah anda pemimpin dunia Islam!
Malulah anda wahai sang pemegang amanah kerana masih berdiam diri
!
dan malulah wahai diri kerana memilih pemimpin yang
tidak berguna membela agama yang tercinta!


MALULAH WAHAI UMAT ISLAM!
kerana engkau hanya menonton
dan tidak mengambil bahagian dalam perjuangan yang mulia ini!



Ayuh para pejuang yang mengaku pejuang agama yang mulia,
tegakkanlah ianya walau apa jua caranya,
bantulah saudara kita yang menderita
kerana tidak sempurna iman seseorang hamba itu
melainkan ia menyayangi saudaranya yang lain
sepertimana ia menyayangi dirinya sendiri.
Dan ianya tidak akan terhenti apabila pembunuhan
oleh Yahudi laknatullah ini berhenti yang mungkin berlaku esok,
mungkin juga lusa
TETAPI perjuangan ini berterusan sehingga Islam
tertegak kembali sebagai pemerintah dunia
dan ianya hanya akan berlaku ketika Palestin
kembali dikuasai sang pemiliknya!




Renung2kan..fikir2kan...

No comments: