Siapakah????
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat
dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas
adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang
yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa neraka.

No comments:
Post a Comment